PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Aktif sejak Feb 04, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah merupakan sebuah rumah penjagaan warga emas muslim yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, Darul Insyirah juga merangka dan melaksanakan program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam keluarga dan masyarkat.

Darul Insyirah sangat menekankan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) untuk penghuni di Darul Insyirah sama ada untuk bonda yang boleh menguruskan diri sendiri mahupun bonda yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Ini adalah untuk mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat, memperbaiki diri ke arah husnul khotimah dan juga mengelakkan masalah kemurungan di kalangan warga emas. Pendidikan di Darul Insyirah adalah bersifat holistik yang mana menekankan secara menyeluruh dalam semua aspek termasuklah aspek agama, emosi, fizikal dan juga isu semasa. Selain itu, kami menyediakan platform menyampaikan ilmu secara fleksibel iaitu kelas bersemuka dan kelas online disediakan dengan bantuan fasiliti yang lengkap bagi memastikan kuliah yang disampaikan dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak darul insyirah.

Darul Insyirah memperjuangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan warga emas iaitu memartabatkan golongan warga emas, memperkasa tanggungjawab waris terhadap ibu bapa, meneraju industri warga emas yang berteraskan patuh syariah, menjadi perintis dalam menyediakan fasiliti mesra ibadah warga emas, menyantuni golongan "single ladies" dalam pelbagai aspek dengan sebaik mungkin serta "Smart caring home" berteknologi hijau bagi menjamin keselamatan penghuni dan rumah jagaan warga emas yang lestari.

...

No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
darulinsyirah2013@gmail.com
60389209661
60107925844

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    9 minit yang lepas

    "doakan saya terus sihat supaya dapat menjaga mak saya stroke dah 15 tahun juga doakan sy dimurahkan rezeki hendaknya."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    18 minit yang lepas

    "semoga allah s.w.t terima segala amal kita semua dan allah s.w.t permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat amiin... "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    21 minit yang lepas

    "Ya Allah kurniakan ku sebuah keluarga yg sakinah mawaddah warahmah, anak2 n zuriat yg cinta Al Quran yg amal ajaran Quran"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    23 minit yang lepas

    "Ya Allah permudahkan urusan mereka."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    27 minit yang lepas

    "Ya ALLAH Permudahkanlah segalanya."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    32 minit yang lepas

    "Moga Allah permudahkan urusan anak2 ini dan dilimpahkan rezqi melimpah ruah"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    38 minit yang lepas

    "Doakan saya panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah Swt. Ni bukan duit saya pun.. Semuanya rezeki Allah Swt. "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • ROHANI BINTI ALI

    49 minit yang lepas

    "Semoga urusan Rohani binti Ali dimudahkan. Jika ditakdirkan kembali kepada Allah, biarlah dalam Husnul Khatimah. Amin ya Rabbal 'Alamiin"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • MOHD SHUFIZAN YAHAYA

    53 minit yang lepas

    "Doakan Isteri Norhashimah Bt Mohamad sembuh Dari penyakit auto imun"

    1 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Doakan Saya murah rezeki, panjang umur, sihat walafiat selalu bersama ank Saya & dipertemukan jodoh yg Baik utk diri sendiri ank juga Aamiin "

    0 orang mengaminkan doa ini