Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit. Bukan itu sahaja, mungkin ada di antara pembesar suara yang telah tidak dapat digunakan lagi berikutan ianya telah usang dan perlu digantikan semula.

Menjelang Ramadhan yang tidak lama lagi, maka elok lah kita bantu menukar mana yang memerlukan mengikut kemampuan kita agar kita juga dapat memastikan para jemaah di situ akan mendapat keselesaan sepanjang beribadah di bulan Ramadhan dan mengimarahkan masjid serta surau di kawasan pedalaman Sarawak.

Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini