RAYUAN KETIGA BELI VAN UNTUK DAKWAH

Dimulakan pada:
04 Apr, 2023
RAYUAN KETIGA BELI VAN UNTUK DAKWAH
36.73%
RM11,019
/RM30,000
445
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sudah hampir 3 tahun kami berusaha membeli sebuah van untuk kegunaan dakwah dan kebajikan namun belum berjaya. Kami merayu sekali lagi kepada anda, bantu kami membeli sebuah van kali ini.


Sudah hampir 3 tahun kami usahakan untuk membeli sebuah van namun masih tidak kesampaian. Jumlah terkumpul setakat ini hanya RM11,000. Sedangkan harga pasaran van jenis Hiace terpakai dengan keadaan baik adalah sekitar RM60,000 dan ke atas. Baru-baru ini ada seorang hamba Allah menjanjikan untuk mewakafkan sebanyak RM30,000. Oleh itu, kami memerlukan lagi RM19,000 sahaja lagi.




Tanpa van sendiri, kami bergantung kepada kenderaan sewa.



Seringkali kami tidak dapat menghantar muallaf menghadiri kursus kerana tiada kenderaan atau mampu hantar beberapa orang sahaja dengan kereta AJK. Tujuan utama van ini ialah untuk mengambil asnaf muallaf dari tempat jauh dan mereka yang tiada kenderaan untuk menghadiri kelas-kelas bimbingan, kursus dan aktiviti lain anjuran PERKIM dan lain-lain badan agama.



Khususnya, mualaf baru setahun jagung memeluk Islam, mereka perlu sentiasa disantuni dan perlu dibimbing. Sebuah van juga akan bermanfaat untuk pendakwah PERKIM melaksanakan misi-misi kebajikan dan dakwah secara lebih aktif. Kebanyakan ahli-ahli kami juga adalah M40 dan B40 sahaja.



Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kali ini kita jayakan usaha ini walau membeli sebuah van dahulu. Ambil peluang bulan Ramadhan ini, sebelum berakhir, untuk menempah saham pahala sedekah jariah, sedekah yang berterusan selagi van ini bermanfaat, insya Allah. Sekecil mana pun infaq anda, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.


Jom #BuatBaik!


Sudah hampir 3 tahun kami berusaha membeli sebuah van untuk kegunaan dakwah dan kebajikan namun belum berjaya. Kami merayu sekali lagi kepada anda, bantu kami membeli sebuah van kali ini.


Sudah hampir 3 tahun kami usahakan untuk membeli sebuah van namun masih tidak kesampaian. Jumlah terkumpul setakat ini hanya RM11,000. Sedangkan harga pasaran van jenis Hiace terpakai dengan keadaan baik adalah sekitar RM60,000 dan ke atas. Baru-baru ini ada seorang hamba Allah menjanjikan untuk mewakafkan sebanyak RM30,000. Oleh itu, kami memerlukan lagi RM19,000 sahaja lagi.




Tanpa van sendiri, kami bergantung kepada kenderaan sewa.



Seringkali kami tidak dapat menghantar muallaf menghadiri kursus kerana tiada kenderaan atau mampu hantar beberapa orang sahaja dengan kereta AJK. Tujuan utama van ini ialah untuk mengambil asnaf muallaf dari tempat jauh dan mereka yang tiada kenderaan untuk menghadiri kelas-kelas bimbingan, kursus dan aktiviti lain anjuran PERKIM dan lain-lain badan agama.



Khususnya, mualaf baru setahun jagung memeluk Islam, mereka perlu sentiasa disantuni dan perlu dibimbing. Sebuah van juga akan bermanfaat untuk pendakwah PERKIM melaksanakan misi-misi kebajikan dan dakwah secara lebih aktif. Kebanyakan ahli-ahli kami juga adalah M40 dan B40 sahaja.



Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kali ini kita jayakan usaha ini walau membeli sebuah van dahulu. Ambil peluang bulan Ramadhan ini, sebelum berakhir, untuk menempah saham pahala sedekah jariah, sedekah yang berterusan selagi van ini bermanfaat, insya Allah. Sekecil mana pun infaq anda, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.


Jom #BuatBaik!


Laporan Kempen

05 Jul 2023


Alhamdulillah, hasil sumbangan anda semua, PERKIM BTP telah pun berjaya membeli sebuah van dan van ini telah pun ditukar nama kepada PERKIM BTP, telah ditampal logo dan nama organisasi.



Terkini, van ini telah pun mula digunakan untuk:

- Mengambil dan menghantar ke kelas fardu ain dan menghantar pulan, iaitu untuk muallaf yang tiada kenderaan (3 kali seminggu)


- Telah membawa 10 peserta termasuk muallaf menghadiri kursus penandaan arah kiblat anjuran bersama PERKIM BTP, UTM dan AITAF.


- Program Korban


Insya Allah, dengan adanya van ini PERKIM BTP akan memastikan muallaf hadir kursus-kursus anjuran MAIS atau LZS dengan mengambil dan menghantar mereka.


Kami doakan semua penyumbang semoga dimurahkan rezeki anda semua dunia dan akhirat.


Terima kasih sekali lagi.

22 May 2023


21/5/2023, PERKIM BTP telah menyertai Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri di mana tema PERKIM BTP kali ini ialah makanan tradisi Muallaf. PERKIM BTP bersama Muallaf berbilang kaum (India, Cina, Sabah, Sarawak dan Siam warga Malaysia), selain itu ahli-ahli yang berbilang kaum juga (Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak) telah memasak dan menghidangkan chapati, thosai serta kari kambing dan juga bubur manis "payasam". 



Walaupun, masakan kaum Tamil dan Punjabi, Muallaf dari kaum lain turut terlibat dan belajar memasak.


Pengunjung juga teruja makan di gerai kami kerana makanan kami hidang adalah lain dari kebiasaan. Inilah antara objektif PERKIM BTP iaitu memberi mesej bahawa memeluk Islam bukan bermakna perlu tinggalkan makanan tradisi yang halal lagi toyibbah. Hari Raya bukan bererti kita hanya makan ketupat dan rendang sahaja, semua makanan halal dan toyyibah adalah makanan Islam.



Terima kasih kepada anda yang menyokong usaha dakwah PERKIM.


Dengannya ada van kelak, kami mampu melakukan lebih banyak aktiviti dakwah dan kebajikan.


Teruskan sokongan anda kepada PERKIM BTP.



15 May 2023


14/5/2023, alhamdulillah sementara tunggu dana cukup, kami teruskan pencarian van yang terbaik dengan harga yang terbaik.



Bersama kami ditemani oleh seorang mekanik berpengalaman untuk memastikan van yang akan dibeli nanti tiada apa-apa masalah di kemudian hari.

Kini kami hanya menunggu dana sahaja.

05 May 2023


Salah satu aktiviti PERKIM BTP ialah terus menerus menyantuni anak-anak yatim. Tanpa van, kami agak sukar membawa anak-anak yatim dari satu tempat ke satu tempat.


Ayuh tuan / puan yang dermawan, bantu kami beli van.

Kami memerlukan lagi RM17,000 sahaja lagi.

Hulurkan Sedekah Juma'at anda hari ini.

02 May 2023


Kami masih memerlukan RM17,000 untuk membeli van ini.

Sambil itu kami terus tinjau dan cari van terbaik (kut kut ada dapat harga murah), tapi selain van bekas accident, tiada yang dapat murah bawah RM80,000.


Hasil tinjauan kami bersama seorang mekanik berpengalaman, van ini yang kami sangat berkenan sebab aircond ada sampai ke belakang, enjin cantik dan tidak pernah kemalangan.


Duit sahaja belum cukup. Calonnya sudah ada.


Jom wakaf van untuk kegunaan dakwah dan kebajikan, anak yatim dan muallaf.

23 Apr 2023


22/4/2023, sebahagian AJK dan ahli PERKIM BTP meluangkan masa di Hari Raya yang pertama untuk menyantuni dan menyambut hari raya bersama anak-anak yatim di Bandar Country Homes.


Kita jika tidak dapat balik kampung untuk beraya kita akan marah. Pernahkah kita terfikir anak-anak kecil yang tiada ibubapa? Bagaimana mereka beraya? Berlinangan air mata apabila melihat wajah-wajah mereka.


Allah SWT dan Rasul-Nya amat sayang kepada anak-anak yatim. Semoga usaha kecil ini mendapat kasih sayang dari Allah SWT dan Rasul-Nya.


Jom bantu PERKIM BTP membeli sebuah van untuk aktiviti-aktiviti seperti ini.

21 Apr 2023


Assalamualaikum, rangkuman aktiviti PERKIM BTP sepanjang Ramadhan 1444H. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.


Jangan lupa Sedekah Jumaat hari ini juga adalah Sedekah Ramadhan dan gandakan sedekah anda dengan berwakaf tunai!

21 Apr 2023

KELEBIHAN SEDEKAH HARI INI?


Semalam kami meninjau beberapa used car untuk cari van ini.

La hawla wala quwwata illah billah. Harga van jenis ini masih RM80 ribu ke atas untuk jenis bumbung tinggi dan 70 ribu ke atas on the road, untuk bumbung rendah. 



Nampaknya hasrat kami untuk beli van ini masih tertangguh kerana kami masih memerlukan dalam RM17,000 untuk mencapai impian memiliki van ini. Ini belum termasuk insurance, road tax dan sebagainya.

Insya Allah van ini akan membantu kerja-kerja dakwah, kebajikan dan kemanusiaan.

Kini, kami bukan sahaja menguruskan pengIslaman dan Muallaf sahaja, kami juga kini menguruskan dakwah Orang Asli dan kebajikan 2 buah rumah anak yatim.

Jom tuan / puan, hari ini Ramadhan terakhir untuk 1444 H.

Peluang terakhir meraih 3 pahala dalam satu sedekah hari ini sahaja:

- pahala sedekah Juma'at

- pahala sedekah Ramadhan (dah pahala Ramadhan itu berganda-ganda)

- pahala wakaf (sedekah berterusan walau sekali je anda sedekah untuk van ini)


Ayuh sekarang hingga Maghrib!


10 Apr 2023


Sebahagian Muallaf yang hadir untuk Solat Tarawih, Witir dan tazkirah Ramadan. Mereka ada yang tidak pandai solat maka ini akan menjadi latihan praktikal. Ramai lagi tidak dapat hadir, khususnya ibu-ibu tunggal kerana faktor tiada pengangkutan dan rumah pula agak jauh.

Kelas bimbingin ini di Bandar Tasik Puteri, tetapi pelajar Muallaf juga datang dari Batu Arang, Country Homes dan Kundang dengan radius antara 8km - 15km. Kelas pula di waktu malam, memang sukar untuk ibu-ibu tunggal hadir kelas, apatah lagi jika hujan pula.

Dengan adanya van, insya Allah pelajar Muallaf yang hadir akan lebih ramai, khususnya Muallaf yang masih belum tahu apa-apa, ini yang kami risau.

Mohon jasa baik dan kemurahan hati tuan / puan untuk membantu kami membeli van ini.

06 Apr 2023


Ini cerita semalam, sebelum Solat Isyak dan Tarawih.

Beginilah Muallaf menghafal bacaan Tahiyat dalam Solat, sebelum solat dia sudah standby nota diletak atas sejadah, untuk dia baca ketika hendak membaca Tahiyat.

"Ustaz semua sudah hafal, Tahiyat ini susah mau ingat lah. Boleh letak nota macam ini ka?".. kata Muallaf Tionghua ini.

Rasa lucu pun ada, tapi rasa bangga atas usaha dan semangat dia untuk mendalami Islam.

Ramai masuk Islam, tetapi hendak dapat 10/10 Muallaf yang minat belajar Islam memang sukar, tetapi kita hanya mampu menyediakan prasarana dan tenaga pengajar, tempat dan kemudahan, namun hidayah milik Allah.

Ramai memberi alasan tidak dapat hadir kelas kerana tiada kenderaan. Ini khususnya yang tinggal jauh, kelas bimbingan pula waktu malam supaya mereka yang bekerja siang boleh hadir. Ibu tunggal biasanya sukar hadir kelas kerana tidak pandai bawa kereta atau motor, malah motor dan lesen pun tiada.

Jom bantu PERKIM BTP beli van ini.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 06, 2023
AHMAD SAFRI BIN MAT JEBAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ PEMBINAAN SURAU BUAT ANAK YATIM DAN WARGA EMAS JARIAH QASEH
INFAQ KERUSI SOLAT UNTUK MASJID DAN SURAU KHUSUS BUAT WARGA EMAS
INFAQ MESIN AIR DI SURAU ARRIYADURROHMAN
BINA TEMPAT WUDUK MUSLIMAH DI SURAU ARRIYADURROHMAN
PENAPIS AIR ROSAK DAN MEMERLUKAN YANG BARU UNTUK KEGUNAAN JEMAAH
Kempen Sumbangan Tamat